Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
apa crosswind landing
Gambar Tular & AFP

Ketahui Apa Itu Teknik “Crosswind Landing”, Pesawat ‘Mengiring’ Semasa Mendarat

Iqbal Yasir

Ketahui Apa Itu Teknik “Crosswind Landing”, Pesawat ‘Mengiring’ Semasa Mendarat

Kebiasaannya, kapal terbang akan melakukan pendaratan secara lurus dan dari jauh juga boleh dilihat pesawat tersebut kelihatan tegak ketika melakukan pendaratan yang lancar.

Tetapi, pernah tak anda melihat kapal melakukan pendaratan secara ‘mengiring’ atau ‘menyenget’, seperti video yang tular baru-baru ini?

Dalam video tersebut, ia memaparkan pesawat tersebut mengiring sebelum melakukan pendaratan di lapangan dan perkara itu meraih perhatian orang ramai hingga ia menjadi viral di media sosial.

Pelbagai persoalan pastiya muncul mengenai sebab kapal terbang itu mengiring sebelum melakukan pendaratan.

Kalau nak tahu, teknik tersebut dipanggil crosswind landing, yang akan digunakan oleh juruterbang dalam masa-masa yang tertentu.

Apa itu Crosswind Landing?

Gambar: AFP

Crosswind landing atau pendaratan angin lintang merupakan salah satu teknik pendaratan yang diajarkan kepada juruterbang dan termaktub dalam sistem penerbangan.

Dalam teknik tersebut ia membolehkan juruterbang melakukan kawalan silang atau pendaratan sayap-rendah.

Dalam keadaan ini, juruterbang akan menerbangkan kapal terbang ke landasan dengan hanya kawalan silang (mengiring) yang cukup untuk memastikan pesawat sejajar dengan garis tengah.

Teknik ini berfungsi untuk bahagian tepi belakang setiap sayap kapal (aileron) mengawal pergerakan sisi kapal terbang.

Ia digunakan untuk mengatasi hanyutan arah angin yang disebabkan oleh angin lintang dan dalam masa yang sama memastikan kapal terbang meluncur pada garis tengah landasan.

BACA: Terumbu Karang Haiwan Atau Tumbuhan? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Menurut AOPA, arah dan kelajuan angin sering berubah mengikut ketinggian, oleh itu kawalan secara mengiring juga akan meningkat untuk menggerakkan pesawat apabila kelajuan pesawat berkurangan.

Secara umumnya, kawalan dan pesongan aileron perlu ditingkatkan apabila kelajuan pesawat berkurangan, lebih-lebih lagi angin boleh menjejaskan pendaratan kapal terbang.

Kaedah pendaratan

Apa Crosswind Landing
Gambar: Video Tular

Difahamkan, untuk juruterbang yang mahu berlatih melakukan pendaratan crosswind landing adalah dengan membuat satu siri pendekatan rendah ke landasan yang panjang.

Angin

Lazimnya, tiupan angin, penurunan udara sejuk dan ricih angin merupakan sebahagian daripada sebab juruterbang melakukan crosswind landing.

Apabila berdepan dengan cuaca demikian, juruterbang diperlukan untuk mengenal pasti laluan pendekatan, kelajuan, konfigurasi dan teknik yang akan digunakan bagi memastikan pesawat mendarat dengan lancar.

Bagi keadaan angin bertiup kencang atau ricih angin, juruterbang akan meningkatkan kelajuan pendekatan sebanyak separuh daripada faktor tiupan atau separuh daripada kehilangan kelajuan udara yang dilaporkan akibat ricih angin.

Misalnya, jika angin bertiup pada kelajuan 12 knot, juruterbang perlu menambah separuh faktor tiupan sebanyak 6 knot.

Jika angin bergelora, ia sangat membantu sekiranya mempunyai ketinggian tambahan semasa menghampiri landasan boleh menjadi penyelamat nyawa sekiranya kapal terbang menghadapi geseran turun atau ricih angin.

Apa Crosswind Landing
Gambar: Video Tular

Selain itu, juruterbang boleh mengurangkan kawalan terhadap sayap pesawat sepenuhnya ketika mendarat sewaktu angin kencang.

BACA JUGA: Kenapa Bendera Malaysia Dicat Terbalik Tapi Perkataan “Malaysia” Tidak Pada Pesawat?

Had untuk mendarat

Satu faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan pendaratan angin lintang adalah keupayaan kapal terbang, berlandaskan buku panduan pengendalian juruterbang (POH).

Apabila angin lintang melebihi had peribadi (luar kemampuan) juruterbang atau had pesawat, pilihan terbaik ialah melencong ke lapangan terbang yang anginnya lebih baik.

Sumber: AOPA