Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketepatan Bacaan Suhu Badan Adalah Menyukat Suhu di Dahi Bukan di Tangan – KP Kesihatan

Merekod suhu badan pelanggan di premis-premis perniagaan sudah menjadi norma baharu di negara kita. Semua premis perniagaan perlu merekod butiraan pelanggan seperti nama dan nombor telefon serta mengimbas suhu badan pelanggan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia bahawa ketepatan bacaan suhu badan adalah dengan menyukat suhu di dahi dan bukan di tangan.

Suhu badan yang direkod sangat penting kerana salah satu gejala Covid-19 adalah suhu badan yang tidak normal. Semoga kita berjaya memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

Sumber: Bernama