Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketua Bernama Radio Azlan Idris Meninggal Dunia

azlan idris bernama radio
Kredit: Bernama

Ketua Bernama Radio Azlan Idris Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Januari (Bernama) — Ketua Bernama Radio Azlan Idris meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.

Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarganya.

Azlan, 58, merupakan antara individu terawal yang menyertai Bernama Radio sejak penubuhannya pada 2007.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Allahyarham memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju operasi stesen radio berkenaan termasuk melakar strategi bagi memastikan kelangsungan serta daya saing Bernama Radio ketika industri penyiaran negara berdepan tekanan hebat susulan ledakan teknologi digital yang berkembang pesat.

BACA: Insiden Letupan Di Universiti: PM Arah Siasatan Segera, Menyeluruh Dijalankan

BACA: Penjelasan KBS Berhubung Isu Velodrom Rakyat Ipoh, Perak

Sumber: Bernama