Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketua Wanita MCA Pertama Meninggal Dunia – Wee
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Ketua Wanita MCA pertama Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook.
Wee yang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang, menyifatkan pemergian Chow yang berusia 96 tahun merupakan satu kehilangan besar buat negara dan MCA.
“Mewakili pihak parti, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ketua Wanita MCA pertama, Tan Sri Rosemary Chow Poh Kheng, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini,” katanya.
Katanya mendiang merupakan seorang aktivis sosial yang berpendidikan tinggi dan pernah menjadi Ahli Parlimen Ulu Langat pada 1975 sebelum dilantik sebagai Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan apabila dipilih semula pada pilihan raya umum 1978.
Beliau berkata Chow menjadi pemimpin pertama Wanita MCA yang dilantik sebagai Timbalan Menteri pada 1982 dan berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
“Tan Sri Rosemary terkenal dengan kejayaan kempen mempromosikan monogami dalam kalangan bukan Islam dan peranannya dalam penggubalan undang-undang untuk mewajibkan pendaftaran perkahwinan sivil.
“Bukan itu sahaja, beliau juga terlibat secara aktif dalam pendidikan vernakular dan pembukaan tadika di negara ini untuk menggalakkan pendidikan prasekolah,” katanya.
BACA: Lama Perhati, Kenapa Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’? Ini Puncanya
Sumber: Bernama