Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Ketuk Banir Pokok,” Wanita Ajar Cara Bagi Isyarat Kalau Tersesat Dalam Hutan

Syed Faisal Sayed Muhammad
tersesat dalam hutan banir pokok
Kredit TikTok via @gadisbackpacker

“Ketuk Banir Pokok,” Wanita Ajar Cara Bagi Isyarat Kalau Tersesat Dalam Hutan

Aktiviti lasak dan mencabar merupakan antara aktiviti riadah yang digemari ramai rakyat Malaysia.

Aktiviti yang menjadi pilihan kebanyakan peminat aktiviti lasak ini semestinya adalah ‘hiking’. Hiking menjadi pilihan kerana ia dapat mengeluarkan peluh disamping dapat menghirup udara segar dan pemandangan yang cantik.

Aktiviti ini bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah ia juga turut digemari oleh semua peringkat umur dan bangsa.

Selain mengeluarkan peluh, aktiviti ini juga mampu memberikan pengalaman dan manfaat kepada mereka yang melakukannya untuk lebih menghargai alam sekitar.

Banyak bukit yang menjadi tumpuan para penggemar aktiviti ini, antaranya ialah Broga Hill, Bukit Tabur, Gunung Datuk dan banyak lagi.

Sambil kita melakukan aktiviti ini, aspek keselamatan perlu dititik beratkan. Cuba ikuti trek yang disediakan dan jangan sesekali terkeluar daripada landasan trek.

Ini kerana banyak berita yang dilaporkan berkenaan pendaki yang tersesat disebabkan oleh tersalah trek laluan pendakian.

Oleh yang demikian, perkongsian pada hari ini akan memberikan tips berguna kepada pendaki yang tersesat semasa aktiviti ini dilakukan.

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @gadisbackpacker.

Menurut wanita itu, semasa anda tersesat di dalam hutan, pastikan anda mencari pokok besar dan mempunyai akar banir.

Pokor berakar banir sangat penting untuk menjadi tempat meminta bantuan daripada orang ramai dan pendaki yang lain.

Bagaimana ia berfungsi?

Tambah wanita itu, akar banir mempunyai ruangan kosong di dalamnya. Semakin besar akar banir, maka semakin besar ruangan kosong tersebut.

Kredit TikTok

Cara untuk menggunakan akar banir itu adalah dengan mengetuknya menggunakan kayu yang lain. Sewaktu kita mengetuk akar banir tadi, ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat seakan bergema.

Kredit TikTok

Bunyi tersebut dikeluarkan kerana ruang kosong yang berada di dalam akar berkenaan.

Jika terdapat pasukan atau orang yang mencari anda sewaktu tersesat dan anda melakukan tips ini, mungkin mereka dapat mendengarnya dan mengetahui lokasi anda.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Kredit TikTok

Jadi buat para pendaki di luar sana, selepas ini jika anda tersesat cuba guna kaedah ini untuk meminta bantuan daripada orang ramai.

Diharap perkongsian pada hari ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada semua pembaca yang suka aktiviti lasak seperti hiking.

Sumber: TikTok via @gadisbackpacker