Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kilang Di Subang Bestari Dijilat Api
Sebuah kilang yang terletak di Subang Bestari dipercayai telah terbakar menurut laporan orang awam yang berada di berdekatan Shah Alam.
Menerusi perkongsian Norhidayah Jusoh di Facebook, terdapat kepulan asap hitam keluar dari kilang tersebut susulan bangunan itu telah dijilat oleh api yang marak.
Video tersebut memaparkan keadaan sekeliling kilang dan pasukan bomba juga berada di tempat itu serta dalam usaha untuk memadamkan kebakaran tersebut.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dilaporkan lagi.
Wisma Jakel terbakar kali kedua
Beberapa bulan lalu, Wisma Jakel di Seksyen 7, mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.
“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Jan lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.
Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.
Sumber: Orang Awam