Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah Hijrah Klon ‘Ziana Zain’, Tekad Nak Dekatkan Diri Pada Tuhan

Penghijrahan Nik Aidi Azhar Che Seman mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberi komen serta reaksi yang positif.

Dia yang lebih dikenali dengan Ziana Zain 2 telah berhijrah selama 2 tahun tanpa dorongan atau paksaan semata-mata.

Nik Aidi bersyukur kerana perubahannya itu disokong serta mendapat maklum balas positif daripada keluarga terutama ibu dan ayahnya.

Nik Aidi juga turut sering berkongsi nasihat atau kata-kata yang membina untuk semua pengikut di laman media sosialnya. Nik Aidi sebelum ini pernah popular digelar klon Ziana Zain kerana beliau suka meniru gaya penyanyi itu sehingga pernah menyertai pertandingan tiru gaya Ziana Zain.

Mungkin bagi dirinya sudah tiba masa untuk berubah dan dekatkan diri kepada Allah. Cara pemakaian beliau juga lebih sopan dan tidak seperti dulu lagi.

Sumber : Instagram, Facebook