Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Kisah Pelajar Yatim Piatu Daftar UUM Sendirian Buat Netizen Sebak

Nur Erizsha
pelajar daftar UUM
Kredit: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Kisah Pelajar Yatim Piatu Daftar UUM Sendirian Buat Netizen Sebak

Baru-baru ini, kisah seorang remaja yatim piatu yang hadir mendaftar ke Universiti Utara Malaysia (UUM) tanpa ditemani waris telah mencuri perhatian ramai.

Menurut perkongsian di laman Facebook rasmi UUM, pelajar tersebut ialah Putera Iman Shah Shahiran, 19, yang hadir seorang diri pada hari pertama pendaftaran.

Kehilangan ibu bapa

Putera merupakan anak tunggal yatim piatu. Ibunya, Allahyarhamah Khatijah Mohd Rashid, meninggal dunia pada 2019 ketika Putera masih di Tingkatan Satu.

Lebih menyayat hati, bapanya pula menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa minggu sebelum tarikh pendaftaran universiti.

Seorang diri ke kampus

Pada hari bersejarah itu, ramai pelajar ditemani ibu bapa masing-masing, namun Putera terpaksa bergerak seorang diri dari Stesen Kereta Api Arau menuju ke kampus di Sintok.

Namun, rezeki tidak disangka-sangka menantinya apabila kakitangan Inasis SME Bank UUM sedia menunggu di stesen tersebut untuk menjemputnya.

Tindakan itu diambil atas arahan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, yang sebak mendengar kisah Putera.

Sambutan keluarga baharu

Putera berjaya melengkapkan proses pendaftaran tepat pada waktunya. Sebaik tiba di kampus, dia terus menerima kunci bilik penginapan di Blok B.

Walaupun bilik itu sederhana, ia cukup bermakna buat dirinya.

“Awalnya saya rasa hilang arah. Tetapi bila staf UUM datang menjemput, saya rasa lega. Seolah-olah ada keluarga yang menyambut saya,” katanya sebak.

Pelajar cemerlang, tabah

Putera bukan calang-calang pelajar. Sebelum ini, dia menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi dengan CGPA 3.71. Kini, beliau bergelar mahasiswa baharu Sarjana Muda Pemasaran di UUM.

Untuk kelangsungan hidup di kampus, Putera menggunakan sedikit simpanan hasil bekerja selepas tamat matrikulasi, selain menerima bantuan daripada masyarakat setempat.

May be an image of ‎4 people and ‎text that says "‎ITH MAIN RESIDENTIAL AINOFFICES OFFICE HALL SME ATE 16 SG NO က 4 ح‎"‎‎

Gambar: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

Ramai netizen tersentuh

Kisah Putera telah menyentuh hati ramai netizen yang kagum dengan ketabahan dan semangatnya untuk bangkit demi masa depan.

“Dia lagi kuat daripada kita semua. In sha Allah dia akan tempuhi sehingga berjaya.”

“Sedihnya ya Allah, belajar baik-baik adik hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib kita.”

“Masya Allah, Insya Allah anakanda Putra kelak berjaya, sukses ya dunia akhiratmu, hadapi cabaran dengan syukur kepada yang Maha Khalik. UUM memang Universiti the best.”

“Tahniah adik. Semoga Allah sentiasa melindungi dan sentiasa permudahkan segala urusan adik.”

“Teruskan langkahmu adik. Langit tidak selalunya gelap. Ujian kehilangan ibu bapa amat meruntun jiwa. Namun jgn jadikan alasan. Adik bangkit insha Allah kejayaann menunggumu.”

“Jalan terus adik selagi hayat dikandung badan. Terus gali ilmu hingga capai cita-cita.”

BACA: Netizen Kecoh, Teruja Tengok Orang Malaysia “Join” Running Man

BACA: “Abang Mat” Kembali Dengan Levi’s Vintage Harga Tak Masuk Akal

BACA: Panduan Mudah “Renew” MyKad Rosak Secara Online

Sumber: Universiti Utara Malaysia (Official FB)