Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selama lebih 60 tahun, slogan ikonik ‘Have a Break, Have a KitKat®’ telah mengajak orang ramai untuk berhenti sejenak, menyegarkan minda dan memulihkan tenaga. Dalam dunia Formula 1®, pada kelajuan 200 batu sejam, ‘pit stop’ merupakan detik paling kritikal, apabila setiap saat dimanfaatkan untuk melakukan pelarasan penting sebelum kembali ke litar. Melalui kerjasama ini, KitKat® membawa semangat tersebut kepada rakyat Malaysia, dengan mengingatkan mereka tentang pentingnya menikmati ‘pit stop’ sendiri di tengah kesibukan rutin harian.

Perkongsian falsafah inilah yang menjadi tunjang kerjasama antara KitKat® dan Formula 1®. Bersempena ulang tahun ke-90 KitKat® dan ulang tahun ke-75 Formula 1®, kerjasama berbilang tahun ini menyatukan peminat kedua-dua jenama melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman interaktif di Grand Prix yang terpilih sepanjang 2026. Kini, Nestlé Malaysia berbangga membawa keterujaan acara global ini kepada para peminat tempatan.

Di Malaysia, kempen KitKat® Formula 1® (F1®) menampilkan siri jelajah imersif serta rangkaian coklat KitKat® F1® edisi terhad. Kempen ini turut membuka peluang kepada para peminat untuk memenangi perjalanan lengkap ke FORMULA 1 SINGAPORE AIRLINES SINGAPORE GRAND PRIX 2026, salah satu acara perlumbaan paling dinanti-nantikan di Asia. Inisiatif berskala nasional ini bertujuan membawa debaran sukan permotoran elit kepada rakyat Malaysia.
“Formula 1® telah berkembang menjadi salah satu fenomena budaya paling berpengaruh pada era ini, yang menarik minat generasi baharu peminat di Malaysia dan rantau ini. Kerjasama ini dibawa ke Malaysia sebagai lanjutan kepada misi KitKat® untuk mengingatkan orang ramai agar berhenti sejenak, menyegarkan diri dan menikmati setiap detik. Kami mahu setiap rakyat Malaysia, tidak kira peminat setia Formula 1® mahupun yang baru mengenali sukan ini, dapat merasai keterujaannya sambil menemukan momen rehat yang benar-benar bermakna, ” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.

Bagi meraikan pelancaran ini, KitKat® turut membawa pengalaman Formula 1® lebih dekat kepada peminat menerusi siri jelajah di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Pengunjung berpeluang menguji kemahiran melalui simulator perlumbaan dan merasai sendiri debaran seolah-olah berada di litar Formula 1®.
Lebih menarik, setiap pembelian KitKat® kini berpeluang membawa anda ke litar perlumbaan. Hanya beli produk KitKat® yang mengambil bahagian dengan pembelian minimum RM10.

Kemudian, muat naik resit menerusi laman mikro peraduan atau WhatsApp untuk berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah sepanjang tempoh 12 minggu, termasuk barangan KitKat® F1® edisi kolaborasi yang ditawarkan menerusi siri jelajah seluruh negara.
Seorang pemenang Hadiah Utama bakal menikmati pengalaman lengkap FORMULA 1 SINGAPORE AIRLINES SINGAPORE GRAND PRIX 2026 untuk dua orang, termasuk peluang menyaksikan aksi di Litar Jalan Raya Marina Bay serta penginapan hotel 5 bintang di tengah-tengah Singapura.

Lima pemenang Hadiah Pertama pula masing-masing akan memenangi sepasang tiket Pit Grandstand 3 Hari untuk menikmati hujung minggu perlumbaan.
Rangkaian produk KitKat® Formula 1® edisi terhad kini boleh didapati di seluruh negara di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka serta secara dalam talian menerusi Kedai Rasmi KitKat di Shopee dan Lazada. Dapatkan segera sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, produk yang mengambil bahagian serta terma dan syarat penuh, layari pautan ini. Ikuti juga KitKat Malaysia di Facebook dan Instagram untuk perkembangan serta aktiviti terkini.