Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kluster Tawar Catat Pertambahan 6 Kes Positif Baharu, 5 Daripadanya Adalah Generasi Kedua

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat pertambahan 6 kes baharu di Kluster Tawar, 5 daripadanya adalah generasi kedua.

Maklumat tentang Kluster Tawar pada hari ini melibatkan 5 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

Sehingga 16 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 899 orang telah disaring dalam kluster ini.

Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

1. Kedah (727 disaring):

  • 35 kes dikesan positif Covid-19

  • 643 individu negatif

  • 49 individu masih menunggu keputusan.

2. Pulau Pinang (164 disaring):

  • 4 kes dikesan positif Covid-19

  • 155 individu negatif

  • 5 individu masih menunggu keputusan.

3. Perak (8 disaring):

  • Tiada kes dikesan positif Covid-19

  • 5 individu negatif

  • 3 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu, kluster ini mencatatkan 12 kes baharu. Manakala 2 lagi kluster yang turut dimuatnaik semalam (Muda dan Sala) tidak melaporkan sebarang kes baharu setakat hari ini.

Sumber: KKM