Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Konflik Di Timur Tengah: Wisma Putra Pantau Rapi Keselamatan Rakyat Malaysia - PM Anwar
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Luar (Wisma Putra) memantau rapi keselamatan 29,112 rakyat Malaysia di beberapa negara terjejas susulan ketegangan berpunca daripada tindakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah usaha untuk membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air.
Bagaimanapun, beliau berkata usaha membawa pulang tidak dapat dilaksanakan ketika ini memandangkan banyak ruang udara di negara Timur Tengah ditutup, kecuali melibatkan penerbangan dari Arab Saudi.
“Sebagai kerajaan kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia supaya keberadaan mereka di sana (negara terjejas) dapat dijamin keselamatannya,” kata Perdana Menteri ketika membawa usul mengutuk serangan biadap dan ganas Israel dengan sokongan AS ke atas Iran di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam ucapannya, Anwar memaklumkan kebanyakan rakyat Malaysia yang berada di negara-negara Timur Tengah ialah golongan bekerja yang telah menetap di sana, dengan sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah.