Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kota MADANI putrajaya
Gambar: Fb Zaliha Mustafa

Kota MADANI Bakal Dibangunkan Di Putrajaya, Selari Dengan Visi Bandar CHASE

Iqbal Yasir

Kota MADANI Bakal Dibangunkan Di Putrajaya, Selari Dengan Visi Bandar CHASE

PUTRAJAYA, 3 Jun (Bernama) — Kota MADANI, yang dirangka dengan integrasi teknologi kecerdasan buatan, infrastruktur digital cekap, serta sistem mobiliti hijau, bakal dibangunkan di Putrajaya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata konsep pembangunan Kota MADANI Putrajaya telah dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

“Pembangunan ini merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka masa depan Putrajaya sebagai sebuah bandar contoh, yang mendukung nilai-nilai MADANI dan selari dengan visi Bandar CHASE.

“Dengan keluasan 102 ekar, Kota MADANI bakal menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman untuk lebih 30,000 penduduk dan dibina secara vertikal berintensiti tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1 Jan, Dr Zaliha mengumumkan visi Bandar CHASE untuk mentransformasi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan menjadi bandar yang Clean (bandar bersih), Healthy City (bandar sihat), Advanced City (bandar maju), Safe City (bandar selamat) dan Eco Friendly City (bandar mesra alam).

Dr Zaliha berkata Kota MADANI akan menjadi asas kepada sebuah bandar rendah karbon yang menjunjung prinsip kemampanan, kesejahteraan dan keselamatan awam.

“Insya-Allah, majlis pecah tanah dijadualkan berlangsung pada 26 Jun depan. Terima kasih Perdana Menteri atas keyakinan dan pandangan bernas dalam memperhalusi hala tuju strategik Kota MADANI sebagai pencetus pembaharuan ruang bandar yang lebih manusiawi serta progresif,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: AGC Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah