Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

KPM Bakal Perkenal Subjek Alam Dan Manusia Untuk Murid Tahap 1
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan mengenai pengenalan mata pelajaran Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu terhadap murid Tahap 1 bermula 2027.
Menerusi kenyataan tersebut, mata pelajaran ini menggabung jalin pelbagai jenis ilmu iaitu sains, pendidikan kesihatan, muzik, seni visual, TVET dan digital.
“Ia menggantikan mata pelajaran Sains, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik dalam kurikulum sedia ada,” jelas KPM.
Mata pelajaran ini juga bakal dilaksanakan secara pengajaran berpasukan. Proses PdP akan melibatkan dua orang guru yang merancang, mengajar dan mentaksir bersama-sama.
“Dua orang guru diwajibkan untuk sentiasa berada di dalam bilik darjah secara serentak semasa PdP dilaksanakan.
“Pengajaran berpasukan bertujuan menyokong keperluan personalised learning murid dan menyokong kawalan kelas yang lebih baik dengan PdP lebih berkualiti. Malah, ia turut menyokong elemen pelbagai disiplin ilmu apabila guru saling melengkapi,” tambah KPM lanjut.
Difahamkan, ketika ini KPM memberikan tumpuan kepada penguasaan literasi dan numerasi (3M) serta pembentukan peribadi bagi murid Tahap 1.
Selaras dengan itu, kementerian berkenaan berusaha meminimumkan jumlah mata pelajaran yang diajar agar murid mempunyai ruang menguasai kemahiran asas.
Terdahulu, Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM turut mengadakan Bengkel Kerja Penataran Kurikulum Prasekolah 2026 yang berlangsung pada 2 hingga 5 November lalu.
Bengkel yang melibatkan jurulatih utama tadika swasta dari seluruh negara itu bertujuan meningkatkan pemahaman para guru prasekolah terhadap pelaksanaan kurikulum baharu secara menyeluruh.
Menerusi bengkel berkenaan, Pengarah Bahagian, Nooraini Kamaruddin menyampaikan amanat yang menekankan kepentingan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 dalam membentuk generasi awal yang sejahtera, berdaya tahan dan berkompetensi.
Dalam pada itu, peserta bengkel berpeluang mengemukakan soalan dan mendapat penjelasan secara terus daripada beliau.
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM
BACA: Silicon X Catat Sejarah, Bangunkan Cip FPGA Pertama Malaysia Dan Asia Tenggara
BACA: Tak Sedar Bayi Lupa Bernafas, Ibu Periksa Beberapa Perkara Ini
BACA: Ketahui Apa Itu BINGKAS, Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor