Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPM Larang Amalan Pemeriksaan Haid Di Semua Insitusi Pendidikan Seluruh Malaysia

Gambar Hiasan via Bernama

Susulan isu pemeriksaan haid dalam kalangan murid perempuan di sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak mengeluarkan surat makluman berbentuk larangan amalan pemeriksaan tersebut di semua institusi pendidikan seluruh negara.

Menurut laporan Kosmo, surat makluman bertajuk Peringatan Pemeriksaan Fizik Dalam Kalangan Murid Perempuan di Sekolah itu dikeluarkan KPM sejak 2 November lalu dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid.

Pihak KPM memandang serius berkait tindakan berkenaan terhadap pelajar perempuan di sekolah dan menegaskan bahawa perkara ini tidak sepatutnya dilakukan.

“Semua jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah hendaklah memastikan amalan dan tindakan pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid tidak berlaku di mana-mana institusi bawah KPM,” maklum surat berkenaan, memetik laporan Kosmo.

Sumber: Kosmo