Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kpm lulus pembinaan bilik darjah
Kredit: FB Fadhlina Sidek

KPM Lulus Segera Pembinaan Bilik Darjah Tambahan Di Selangor - Fadhlina

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan segera pembinaan bilik darjah tambahan bagi 18 sekolah padat di Selangor sebagai langkah jangka pendek bagi menangani masalah kelas sesak dan kekurangan prasarana yang menjejaskan pembelajaran murid.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan pasukan kementerian bagi memastikan isu berkenaan ditangani dengan bersungguh-sungguh tanpa menunggu ia tular di media sosial.

“Setelah melihat intervensi jangka pendek, saya luluskan segera semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah (padat) tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberi kesan kepada keberkesanan pembelajaran, justeru semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah terlibat akan dilaksanakan segera secara berfasa.

Selain itu, Fadhlina berkata beliau turut mengarahkan penambahan waran guru bagi menangani isu kekurangan guru di sekolah-sekolah padat berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah baharu yang sedang dibina juga akan diberikan perhatian segera bagi memastikan perancangan pendidikan dapat memenuhi keperluan semasa.

Fadhlina berkata Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 mengutamakan penyediaan suasana pembelajaran yang kondusif serta prasarana selesa bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

“Jangan kerja sebab viral, kita kerja kerana itu memang kerja kita,” katanya.

Beliau turut memaklumkan mesyuarat seterusnya akan diadakan bersama JPN Kedah bagi menangani isu sekolah padat di negeri berkenaan.