Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPop Demon Hunters Kini Filem Netflix Paling Popular Sepanjang Masa

Sofea
Kpop demon hunters
Kredit: Netflix

KPop Demon Hunters Kini Filem Netflix Paling Popular Sepanjang Masa

Filem animasi, KPop Demon Hunters kini menjadi filem Netflix yang paling popular sepanjang masa dengan jumlah tontonan 236 juta.

Menurut Netflix, filem itu juga paling banyak ditonton pada minggu lalu dan sekali lagi menduduki tempat nombor 1 dalam senarai Filem Inggeris dengan 25.4 juta tontonan.

Bukan itu sahaja, runut bunyi filem tersebut juga kini memegang takhta Top 10 Billboard Hot 100 menerusi empat lagu.

Filem mengenai kumpulan gadis Kpop yang menjejaki raksasa mitos itu telah mengatasi Red Notice, sebuah aksi komedi yang dibintangi Dwayne Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

Red Notice sebelum ini menjadi filem yang paling banyak ditonton dengan jumlah tontonan sebanyak 230.9 juta.

BACA JUGA: Blood Brothers Kini Nombor 1 Di Netflix Dalam Kategori “Non-English”

BACA JUGA: (Video) 5 Filem ‘Balas Dendam’ Korang Wajib Tonton Di Netflix Waktu PKP Ini

KPop Demon Hunters yang disiarkan secara rasmi pada 20 Jun diarahkan oleh Maggie Kang dan Chris Appelhans berdasarkan skrip yang ditulis mereka bersama Danya Jimenez dan Hannah McMechan. Skrip itu pula dihasilkan berdasarkan cerita yang diilhamkan oleh Kang.

Antara pelakon suara yang terlibat ialah Arden Cho, Ahn Hyo-seop, May Hong dan Ji-young Yoo.

Lagu-lagu asal filem ini pula ditulis oleh Ejae, Jenna Andrews, Danny Chung, Ido, Vince Kush, Daniel Rojas, Stephen Kirk, Lindgren dan Mark Sonnenblick.

Ramai yang memuji filem animasi ini termasuk pengkritik filem. Ia telah ditonton oleh pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak hingga dewasa.

Sumber: Netflix, Variety