Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan bahawa akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebentar tadi, ia diharap dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebelum ini, bayaran proses UPUOnline dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my seperti butiran berikut:

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi