Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KPT, Yayasan Hasanah Bincang Kerjasama Strategik Bangunkan Bakat Masa Depan

KERJASAMA
Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

KPT, Yayasan Hasanah Bincang Kerjasama Strategik Bangunkan Bakat Masa Depan

Usaha memperluas peluang pendidikan berkualiti terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merancang memperkukuh kerjasama strategik bersama Yayasan Hasanah.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara itu dibincangkan dalam satu pertemuan bersama yayasan berkenaan yang berada di bawah Khazanah Nasional Berhad.

Menurut beliau, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai aspek termasuk pembangunan pendidikan, komuniti, alam sekitar, seni dan budaya serta pembangunan kapasiti.

Katanya, beliau turut diberikan taklimat mengenai Program Biasiswa Khazanah Watan dan Khazanah Equity Pathway yang bertujuan memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar Malaysia.

“Dalam pertemuan ini, saya diberi taklimat mengenai Program Biasiswa Khazanah Watan dan Khazanah Equity Pathway yang membuka lebih banyak laluan kepada pelajar Malaysia untuk mengembangkan potensi bakat mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 2006, Yayasan Khazanah telah memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan negara.

Menurutnya, yayasan itu telah menyediakan biasiswa, latihan kepimpinan serta program pembangunan bakat kepada lebih 1,792 pelajar.

Tambah beliau, kerjasama antara KPT dan Yayasan Hasanah diharap dapat terus diperkasa bagi melahirkan lebih ramai bakat terbaik negara yang mampu memacu pembangunan Malaysia pada masa hadapan.