Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

KRU Studios Umum Bakal Terbit “Duyung: Legenda Aurora”, Sekuel Filem “Duyung”
Selepas 16 tahun sejak tayangan filem “Duyung”, KRU Studios mengumumkan berita yang mengujakan ramai peminat.
Studio tersebut akan menerbitkan sekuel bagi filem legenda itu, bertajuk “Duyung: Legenda Aurora”.
Pengumuman ini dibuat melalui laman TikTok rasmi KRU Studios, di mana mereka memperkenalkan barisan pelakon hebat yang akan membintangi filem ini.
Ini termasuklah Maya Karin dan Saiful Apek yang akan kembali membawa watak ikonik mereka.
Selain itu, pelakon-pelakon utama lain ialah Anna Jobling, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, dan A. Shukoor Mohaideen, serta ramai lagi akan tampil dalam penampilan istimewa.
Filem berdurasi 110 minit ini dijadualkan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024, dan dijangka menemui penonton pada suku ketiga tahun 2025.
Anna Jobling, yang akan memegang watak utama sebagai Aurora, anak kepada watak duyung yang dilakonkan oleh Maya Karin, mengakui bahawa dia berasa gementar membawa watak tersebut.
“Saya sangat gementar untuk membawa watak duyung, terutama sekali apabila filem ini adalah sekuel kepada filem yang begitu dikenali ramai.
“Tambahan pula, saya membawa watak anak kepada Maya Karin, yang sememangnya satu tanggungjawab besar,” kata Anna.

Namun begitu, Anna turut meluahkan rasa terujanya kerana berpeluang menggunakan kemahiran berenangnya dalam filem ini.
“Saya memang suka dengan watak mermaid. Sewaktu kecil, saya selalu berangan ingin menjadi mermaid, dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan.
“Lagipun, saya dapat gunakan kemahiran berenang saya dalam filem ini. Mungkin ramai yang tidak tahu, tapi saya pernah mewakili Selangor dalam sukan renang.
“Jadi, tiada masalah untuk saya berenang atau menyelam dalam filem ini nanti,” tambah Anna.
Berkenaan dengan pemakaian kostum sebagai duyung, Anna yakin pihak produksi akan memastikan segala yang dipakai selesa dan sesuai bagi wataknya.
“Saya percaya dengan pasukan produksi. Jika ada apa-apa yang saya rasa tidak selesa, saya akan beritahu mereka.
“Setakat ini, kami sudah menjalani sesi fitting dan semuanya berjalan lancar, Alhamdulillah,” ujarnya.
BACA: Bijak, Budak 8 Tahun Sesat Jalan Minta Bantuan Guna Mesin ATM
BACA: Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Tujuh Kawasan Petang Ini
BACA: Kenapa Jurugambar Selalu Berpakaian Hitam?
Sumber: Astro Gempak