Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Dibiak Di Rusia Kini Dilarang Sertai Pameran Antarabangsa

Gambar : Facebook CGTN Europe

Kucing yang dibiak di Rusia dilarang daripada memasuki mana-mana pertandingan antarabangsa, menurut kenyataan di laman web The Fédération Internationale Féline (FIFe).

Lembaga Eksekutif FIFe mendakwa pihaknya memutuskan larangan terhadap kucing yang dibiak di Rusia tersebut pada 1 Mac lalu.

Keputusan yang dilakukan itu dikatakan sah sehingga 31 Mei 2022 dan akan disemak semula jika perlu.

Antara syarat yang diputuskan adalah:

  1. Kucing yang dibiakkan di Rusia tidak boleh diimport dan didaftarkan dalam mana-mana buku salasilah FIFe, tidak mengira organisasi yang mengeluarkannya.

  2. Pempamer kucing yang tinggal di Rusia tidak boleh mendaftarkan kucingnya dalam mana-mana pameran FIFe di luar Rusia, tanpa mengira keahlian mereka.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Lembaga FIFe juga akan mendedikasikan sebahagian bajetnya sebagai sokongan kepada penternak kucing di Ukraine yang terjejas.

Ahli kelab FIFe yang bersempadan dengan Ukraine, seperti Poland, Romania, Hungary dan Moldova, turut menghulurkan bantuan kepada penternak kucing Ukraine.

BACA: Dividen KWSP 2021, 6.10% Konvensional & 5.65 Untuk Shariah

Sumber : The Fédération Internationale Féline (FIFe)