Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kucing Maya Kesayangan Ramai, Maru Sudah Tiada
Maru, kucing baka Scottish Fold dari Jepun yang terkenal di seluruh dunia kerana aksi uniknya memasuki kotak-kotak kecil, dilaporkan sudah ‘pergi’ pada usia 18 tahun.
Maru mula mencuri perhatian sejak tahun 2008 apabila pemiliknya, yang menggunakan nama saluran YouTube “Mugumogu”, memuat naik video-video harian kucing itu.
Aksi lucunya yang suka menyumbat diri ke dalam kotak, mangkuk dan ruang sempit menjadikannya tular di internet.
Pada 22 September 2016, Maru pernah diiktiraf Guinness World Records sebagai haiwan dengan tontonan YouTube terbanyak, iaitu lebih 325 juta kali.

Walaupun rekod itu kemudiannya diambil alih haiwan lain, Maru tetap mempunyai pengikut setia yang menantikan setiap video baharunya.
Video terakhir yang dimuat naik beberapa bulan lalu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-18 memperlihatkan Maru masih aktif, mesra dan tetap dengan gaya comelnya.
Namun, dalam kenyataan di saluran YouTube rasminya, pemilik memaklumkan bahawa Maru ‘pergi ke syurga’ pada 6 September lalu.
Difahamkan, kucing maya kesayangan ramai itu disahkan menghidap lung adenocarcinoma, sejenis kanser paru-paru.
Menurut mereka, Maru menunjukkan tanda-tanda hilang selera makan sebelum dibawa ke hospital haiwan dan keadaan kesihatannya merosot dengan cepat.
BACA: Aktivis Charlie Kirk Ditembak Di Khalayak Ramai, Disahkan Maut
Sumber: Guinness World Records