Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

Iqbal Yasir
Kucing Ketua Stesen kereta api
Gambar: Kyodo News

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api

WAKAYAMA — Seekor kucing bercorak tiga warna (calico) bernama Yontama mencuri perhatian ramai selepas dilantik sebagai ketua stesen kucing ketiga bagi sebuah stesen kereta api tempatan di Jepun, lapor Kyodo News.

Pelantikan Yontama dilakukan dalam satu majlis di Stesen Kishi di Laluan Kishigawa milik Wakayama Electric Railway Co, sebuah syarikat kereta api tempatan.

Presiden Wakayama Electric Railway, Kojima Mitsunobu menyarungkan pingat berukir gelaran ketua stesen kepada Yontama, yang disambut tepukan orang ramai di hadapan bangunan stesen di Kinokawa itu.

Difahamkan, pelantikan kucing berkenaan merupakan tradisi hampir dua dekad di stesen berkenaan.

Gambar: Bernama

Ia merupakan salah satu inisiatif syarikat kereta api berkenaan dalam meningkatkan kehadiran pelancong selain mengelakkan berdepan krisis kewangan.

Sebelum pelantikan Yontama, jawatan itu dipegang oleh kucing bernama Nitama. Namun, kucing berkenaan meninggal dunia pada November tahun lalu dan dinamakan sebagai ketua stesen kehormat.

Unuk makluman, Laluan Kishigawa mula menarik perhatian seluruh negara selepas melantik seekor kucing bernama Tama sebagai ketua stesen kucing pertama pada tahun 2007.

Langkah ini kemudiannya mencetuskan trend di mana laluan kereta api tempatan lain yang berdepan kesukaran turut melantik kucing, anjing, arnab dan haiwan lain sebagai ketua stesen di seluruh Jepun.

Sumber: Kyodo News

BACA: Senarai Lengkap Kedai MyKasih 2026 Di Setiap Negeri

BACA: Sotong Kurita ‘Terer’ Bermain Piano