Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kuih ‘Rare’ Pilihan Menu Moreh, Ini Resipi Talam Ubi Kanda

Azzwin
talam ubi
Kredit: Nur Masri via Facebook

Kuih ‘Rare’ Pilihan Menu Moreh, Ini Resipi Talam Ubi Kanda

Selepas berbuka dan solat Tarawih, ada kalanya perut terasa masih lapar atau teringin untuk menikmati sesuatu yang manis.

Rasa ingin makan sedikit lagi ini memang biasa, terutama ketika duduk santai bersama keluarga atau rakan.

Kuih atau manisan ringan sering menjadi pilihan kerana mudah dihidangkan dan tidak terlalu berat untuk perut.

Salah satu pilihan yang sesuai untuk dinikmati pada waktu sebegini ialah kuih tradisional yang manis, lembut dan cukup menyelerakan untuk dijadikan hidangan moreh.

Justeru, hari ini SK akan kongsikan resipi mudah talam ubi kanda yang anda tidak perlu beli.

Untuk makluman, resipi ini diambil daripada pengguna Facebook Nur Masri, dalam Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Resipi talam ubi kanda

Mula-mula, ambil tiga cawan ubi kayu yang telah dipotong. Perah airnya dan biarkan kanjinya mendap.

Ambil bahagian mendapan tersebut dan gaulkan bersama ubi kayu yang telah digerat tadi, kemudian ketepikan.

Sekiranya tidak mencukupi kanji, boleh tambahkan satu sudu tepung ubi kayu.

Sementara itu, panaskan periuk kukusan.

Sapu loyang bersaiz tujuh inci dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik supaya kuih mudah dikeluarkan kemudian. Ketepikan loyang sehingga sedia digunakan.

Kredit: Nur Masri via Facebook

Bahan-bahan

  • Tiga cawan santan atau dua cawan santan kotak

  • Satu cawan air

  • Satu cawan gula, jika kurang manis boleh tambah

  • Sedikit garam

  • Tiga pewarna makanan iaitu warna hijau, kuning dan merah

  • Ubi kayu sagat

Kredit: Nur Masri via Facebook

Cara-cara

1. Masukkan ubi kayu yang telah digerat bersama santan, gula dan garam ke dalam mangkuk adunan.

2. Gaul semua bahan sehingga sebati supaya rasa manis, lemak santan dan sedikit masin daripada garam meresap ke dalam ubi kayu dengan sekata.

3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian yang sama banyak supaya setiap bahagian boleh diwarnakan dan dikukus secara berasingan.

4. Warnakan setiap bahagian adunan dengan pewarna hijau, kuning dan merah. Bagi adunan berwarna merah, boleh tambah sedikit sirap ros untuk memberikan aroma wangi yang menyenangkan.

5. Tuangkan adunan berwarna hijau dahulu ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan dilapik plastik supaya kuih mudah dikeluarkan.

6. Kemudian kukus selama 15 minit sehingga warna adunan bertukar lebih terang, berkilat dan berkanji.

Kredit: Nur Masri via Facebook

6. Seterusnya, tuangkan adunan berwarna kuning ke dalam loyang dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga adunan masak sepenuhnya.

7. Kemudian, tuangkan adunan merah dan kukus selama 30 minit sehingga masak sepenuhnya. Pastikan api ditutup selepas tempoh kukusan selesai.

8. Angkat loyang dan biarkan kuih sejuk dahulu supaya adunan menjadi lebih pejal dan mudah dipotong.

9. Sementara itu, gaul kelapa parut bersama sedikit garam dan kukus sekejap supaya kelapa menjadi wangi dan sedikit lembap.

10. Setelah kuih sejuk sepenuhnya, potong mengikut saiz yang diingini dan gaul bersama kelapa parut sehingga rata.

Kuih talam ubi kanda kini sedia untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba!