Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuil Berusia Ribuan Tahun Musnah Dijilat Api
BEIJING — Sebuah kuil dikenali Kuil Yongqing dilaporkan musnah dalam satu kejadian kebakaran di tapak bersejarah di Zhangjiagang, wilayah Jiangsu pada Rabu.
Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berkenaan mengakibatkan bangunan bersejarah yang terletak di Gunung Fenghuang itu musnah sepenuhnya.
Difahamkan, kebakaran tercetus sekitar jam 11:24 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu dan punca kebakaran sedang disiasat.
Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan oleh warga maya memaparkan kuil yang dianggarkan berusia lebih 1,500 tahun itu hangus dijilat api.
Semalam, SK melaporkan sebuah jambatan sepanjang 762 meter di China dilaporkan roboh akibat tanah runtuh, hanya beberapa bulan selepas ia dibuka kepada orang ramai.
Menurut portal The Sun, kejadian berlaku di Jambatan Hongqi, wilayah Sichuan pada 11 November lalu.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok menunjukkan orang ramai berasa sangat terkejut apabila jambatan yang menghubungkan wilayah tengah China dengan Tibet berhampiran lereng bukit itu dilanda tanah runtuh.
Selain itu, runtuhan terbabit turut menghamburkan pasir dan debu tebal ke udara, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
The Sun melaporkan keretakan pada lereng bukit dan jalan menyebabkan polis menutup jambatan tersebut kepada orang ramai atas faktor keselamatan.
Difahamkan, siasatan awal menunjukkan keretakan berpunca daripada simpanan air di empangan berhampiran.
Sumber: The Straits Times, Global Times