Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KWSP Ingatkan Orang Ramai Waspada Terhadap Maklumat Pengeluaran i-Sinar & i-Citra Mengelirukan Di Media Sosial

Gambar: Bernama & KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap hebahan maklumat mengenai Pengeluaran i-Sinar/i-Citra di media sosial.

Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, maklumat mengenai pengeluaran i-Sinar/i-Citra telah disalahgunakan dan mendatangkan kekeliruan kepada ahli.

Justeru itu, pihak KWSP berpesan kepada semua supaya dapatkan informasi sahih hanya melalui media sosial rasmi KWSP dan portal i-Citra Online.

Sumber: @KWSPMalaysia