Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lagi Kes Disyaki Keracunan MBG, Lebih 300 Murid Dikejarkan Ke Pusat Kesihatan

Keracunan MBG
Kredit: Detik News

Indonesia -- Seramai 352 murid dari beberapa sekolah rendah di Kecamatan Batukliang, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat (NTB) disyaki mengalami keracunan selepas menikmati makanan menerusi Program Makanan Bergizi Gratis (MBG).

Menurut Detik News, murid-murid berkenaan dilaporkan mengalami beberapa gejala termasuk muntah dan pening.

Pasukan Petugas Pemantauan MBG Lombok Tengah mengesahkan semua mangsa telah menerima rawatan.

Ketua Pasukan Petugas MBG Lombok Tengah, Lalu Firman Wijaya berkata pihaknya masih memantau keadaan murid yang menerima rawatan di beberapa pusat kesihatan masyarakat (Puskesmas).

Disyaki keracunan MBG

“Kebetulan, Penolong II sudah menuju ke lokasi SPPG dan Puskesmas. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebahagian murid yang menjadi mangsa keracunan MBG ini sudah dibenarkan pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Petugas Program MBG NTB, Fathul Gani berkata SPPG yang menyalurkan makanan kepada 352 murid berkenaan berdepan kemungkinan digantung atau dihentikan sementara operasinya.

Menurutnya, tindakan itu akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses penilaian.

“Kalau melihat kepada situasi, secara automatik ia akan digantung,” katanya ketika ditemui di pejabat Gabenor NTB.

Sekiranya insiden itu disahkan berpunca daripada makanan berkenaan, Fathul berkata tempoh penggantungan masih menunggu keputusan Badan Gizi Nasional (BGN).

Menurutnya, penggantungan sementara juga diperlukan bagi memulihkan keyakinan serta keadaan psikologi penerima manfaat supaya mereka tidak trauma untuk mengambil makanan MBG.

“Cuma tempoh penggantungan itu nanti bergantung kepada keputusan BGN. Ia juga sebagai bahan penilaian, apatah lagi insiden ini menyebabkan keracunan,” katanya.

Kesemua 352 murid dari beberapa sekolah berkenaan telah dibawa ke Puskesmas Peringgarata, Puskesmas Mantang dan Puskesmas Aik Darek.

Sumber:detiknews
Intipati
  • Seramai 352 murid di Lombok Tengah disyaki keracunan selepas menikmati makanan Program MBG.
  • Murid terbabit mengalami gejala termasuk muntah dan pening sebelum dibawa ke beberapa Puskesmas.
  • SPPG berkaitan berdepan kemungkinan digantung sementara, tertakluk kepada penilaian dan keputusan BGN.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan