Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Lagu “Resign”? Exists Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Lirik Lagu Alasanmu
Tidak dapat dinafikan, tahun 1990-an menyaksikan kemunculan beberapa kumpulan penyanyi yang terkenal membawakan lagu dengan lirik menyentuh hati. Bukan hanya menjadi pilihan ketika berkaraoke, lagu-lagu ini turut menjadi kegemaran didendangkan buat hilangkan mengantuk ketika perjalanan jauh.
Salah satu kumpulan yang mendapat perhatian ialah Exists. Ditubuhkan pada 1991, kumpulan pop rock tempatan ini dikenali dengan beberapa lagu hit seperti ‘Untukmu Ibu’, ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’, ‘Masih Terserlah Ayumu’ dan banyak lagi. Malah, lagu-lagu tersebut menjadi malar segar sehingga kini.
Namun sejak beberapa bulan lalu, lagu ‘Alasanmu’ kembali menjadi siulan terutama di TikTok. Selain itu, ada bait-bait lirik di dalam lagu itu yang menjadi tular baru-baru ini.
Berdasarkan lirik, lagu ini menceritakan seseorang yang patah hati dan membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari hubungan percintaan. Tetapi ada yang mengatakan bahawa lagu tersebut sebenarnya adalah mengenai seseorang yang berhenti kerja.
Berikut SK kongsikan bahagian lirik dendangan kumpulan Exist yang dimaksudkan.
Menerusi sedutan podcast Sinar FM yang dimuat naik di TikTok, salah seorang ahli kumpulan Exists, Musa mengesahkan bahawa lirik tersebut sememangnya berkait dengan pengunduran diri di tempat kerja yang melibatkan penulis lagu tersebut iaitu Lukhman S.
Biarpun tidak diceritakan secara terperinci, namun perkongsian Musa menerusi video pendek yang dimuat naik di laman TikTok itu menjawab khabar angin tersebut.
Menurutnya, Lukhman menerima tugasan menulis lirik lagu ‘Alasanmu’ ketika masih baru bekerja bersama syarikat BMG Music (M) Sdn Bhd. Dalam masa yang sama, berlaku perselisihan antara beliau dengan pasukan PR syarikat berkenaan.
“Jadi Lukhman S ni pun buatlah. Kemudian, lagu tu bila siap, saya tengok (lirik) ini macam tak boleh. Saya ubah suai beberapa perkataan dalam tu supaya lebih ngam bagi saya.
“Tak lama lepas tu, saya tengok dia dah tak ada di BMG,” ujarnya.
Kenyataan itu turut dipersetujui oleh ahli kumpulan Exists yang turut bersama dalam podcast tersebut iaitu Ezad Lazim dan Along.
BACA: Ramai Salah Sebut, Lelaki Ini Ajar Sebutan Sebenar “Question”
Sumber: Sinar FM