Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lain Dari Lain, Ini Resipi Telur Butter Kicap Untuk Menu Sahur

Telur Butter Kicap
Kredit: @hishamraustv via TikTok

Lain Dari Lain, Ini Resipi Telur Butter Kicap Untuk Menu Sahur

Setiap kali masuk waktu sahur, perkara paling biasa yang bermain di fikiran ramai orang ialah menu yang mudah dan cepat disediakan.

Lagi-lagi bila mata masih mengantuk dan masa pula terhad, memang tak dinafikan ramai yang lebih cenderung memilih hidangan ringkas asalkan perut terisi.

Ada juga yang tidak mahu lauk terlalu berat pada awal pagi, cukup sekadar sesuatu yang mengenyangkan dan memberi tenaga untuk bertahan sepanjang hari berpuasa.

Sebab itu, menu yang simple tetapi sedap sentiasa menjadi pilihan utama ketika sahur.

Jika anda sedang mencari idea yang tidak renyah tetapi tetap membuka selera, resipi telur butter kicap ini mungkin boleh dijadikan pilihan.

Untuk makluman, resipi ini diambil daripada pengguna @hishamraustv di TikTok.

Bahan-bahan telur butter kicap

Menurut @hishamraustv, bagi menyediakan hidangan ini, anda memerlukan beberapa bahan utama seperti ikan bilis, mentega dan cili padi sebagai penambah rasa pedas.

Selain itu, sediakan empat biji telur dan beberapa biji bawang merah yang dihiris untuk memberikan aroma yang lebih harum.

Kredit: @hishamraustv via TikTok

Untuk melengkapkan rasa, tambahkan sedikit kicap manis dan sos cili mengikut cita rasa masing masing.

Akhir sekali, anda memerlukan limau nipis bagi menaikkan lagi rasa dan memberi sentuhan segar pada hidangan.

Cara-cara menyediakan telur butter kicap

Mula-mula, @hishamraustv menggoreng ikan bilis di dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak sehingga garing.

Kemudian, masukkan satu sudu mentega dan goreng seketika bersama ikan bilis supaya aromanya lebih naik.

Selepas itu, masukkan bawang merah yang telah dihiris serta cili padi yang dicincang.

Kredit: @hishamraustv via TikTok

Tumis sehingga ikan bilis bertukar keemasan dan bawang menjadi lembut.

Apabila sudah siap, angkat dan ketepikan terlebih dahulu.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tambahkan lagi satu sudu mentega.

Pecahkan empat biji telur dan masak sebagai telur mata. Seterusnya, tuangkan sedikit kicap manis dan sos cili mengikut cita rasa.

Akhir sekali, masukkan semula ikan bilis yang telah ditumis tadi, gaul sebati dan angkat untuk dihidangkan.