Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tempoh tambang percuma bagi operasi perkhidmatan Laluan Shah Alam tamat pada Jumaat dan penumpang perlu membayar tambang mulai Sabtu.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, bermula 15 Ogos, tambang akan dikenakan termasuk bagi perkhidmatan bas perantara serta kemudahan Park N' Ride yang disediakan.
Menurutnya, pelaksanaan perkhidmatan berbayar ini menandakan satu lagi fasa penting dalam operasi laluan tersebut selepas tempoh perjalanan percuma enam minggu yang mendapat sambutan daripada orang ramai.
"Rapid KL merakamkan penghargaan kepada semua pengguna atas sokongan, kepercayaan dan kesediaan memilih pengangkutan awam sepanjang tempoh tersebut.
"Justeru, penumpang dinasihatkan untuk membuat persediaan sebelum memulakan perjalanan dengan menggunakan kad atau kaedah pembayaran tanpa tunai yang tersedia.
"Bagi penggunaan kad, penumpang hendaklah memastikan baki dalam kad adalah sekurang-kurangnya RM5," katanya.
"Dalam masa yang sama, tambang konsesi menerusi Kad Konsesi MyRapid turut tersedia bagi kategori yang layak, termasuk pelajar, warga emas dan orang kurang upaya.
"Penumpang yang layak boleh menggunakan kad konsesi masing-masing untuk menikmati kadar tambang yang ditetapkan.
"Rapid KL mengalu-alukan orang ramai untuk meneruskan perjalanan bersama Laluan Shah Alam dan menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan bagi perjalanan harian yang lebih mudah, selamat dan lancar," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tambang dan perkhidmatan di laluan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman rasmi MyRapid, aplikasi PULSE serta saluran media sosial rasmi Rapid KL.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan