Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Dilanjutkan Hingga 14 Ogos

LRT Laluan Shah Alam
Kredit: Bernama

Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Dilanjutkan Hingga 14 Ogos

Tempoh perkhidmatan percuma bagi LRT Laluan Shah Alam akan dilanjutkan sehingga 14 Ogos depan.

Rapid KL dalam satu kenyataan berkata bahawa lanjutan tempoh perkhidmatan percuma ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk menikmati kemudahan di laluan tersebut.

Ia juga membolehkan orang ramai membiasakan diri dengan sistem pengangkutan baharu yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

"Sepanjang tempoh tersebut, orang ramai boleh menikmati perjalanan secara percuma menggunakan perkhidmatan Laluan Shah Alam, termasuk perkhidmatan bas perantara Laluan Shah Alam serta kemudahan Park N' Ride di stesen-stesen, sekali gus menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan utama perjalanan harian.

"Lanjutan tempoh perkhidmatan percuma ini diharap dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna, mengurangkan kos perjalanan harian, di samping meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan dan keselesaan sistem pengangkutan awam negara," kata Rapid KL

Sementara itu, orang ramai disaran memanfaatkan peluang ini dengan merancang perjalanan terlebih dahulu serta mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan demi memastikan perjalanan yang selamat dan lancar.

"Sepanjang tempoh perjalanan percuma, ribuan pengguna telah bersama kami menikmati pengalaman perjalanan yang lebih mudah, pantas dan selesa, Sokongan anda amat kami hargai," ujarnya lagi.

Intipati
  • Perkhidmatan percuma LRT Laluan Shah Alam dilanjutkan sehingga 14 Ogos, menurut Rapid KL.
  • Lanjutan itu meliputi perjalanan tren, bas perantara Laluan Shah Alam dan kemudahan Park N’ Ride.
  • Rapid KL berkata inisiatif itu membantu pengguna membiasakan diri dengan sistem pengangkutan baharu.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan