Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lama Tak Muncul, Azfar MTAS Kini Bertarung Dengan Kanser
Pencipta kandungan dan pengasas MTAS Production, Azfar Hamdi kini dikhabarkan sedang bertarung dengan kanser GCT.
Berita mengejutkan itu dikongsikan oleh rakan beliau, Afiq Noordin di laman Facebook miliknya.
Kongsi Afiq, ia adalah sejenis kanser yang berpunca daripada sel pembiakan dan biasanya berlaku di bahagian testis atau ovari.
Namun, dalam sesetengah kes, ia juga boleh muncul di bahagian lain seperti dada dan otak.
"Untuk Azfar, dia ada ketumbuhan yang duduk di antara jantung dan paru-paru.
"Benda ini dapat dikesan selepas dia alami kesukaran untuk bernafas macam ada masalah jantung," kongsinya lagi.
Kini, keadaannya dilaporkan semakin baik selepas menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali. Beliau juga sempat berkongsi beberapa keping gambar, menunjukkan keadaan semasa Azfar.


Bagi yang belum mengenali Azfar, beliau bukanlah hanya seorang pencipta kandungan yang biasa.
Beliau merupakan antara barisan individu yang membina identiti visual yang kuat sejak tahun 2012 lagi. Menurut Afiq, Azfar terkenal dengan kandungan fasa tarbiyyah dan perangai masyarakat.
"Dia berkembang menjadi antara nama yang dikenali dalam dunia videografi dan storytelling.
"Semoga Allah berikan dia kesihatan seperti sediakala, dipermudahkan setiap urusan rawatan, dan diberikan kekuatan untuk terus melawan.
"Terima kasih untuk segala video yang dihasilkan. Moga segala kebaikan yang pernah dia lakukan menjadi asbab kebaikan kembali kepada dirinya," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, di laman Threads, Azfar turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.
