Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan.
Malaysia Airports berkata, Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan berhubung penutupan sementara landasan berkenaan.

“Landasan akan dibuka semula selepas pemeriksaan keselamatan dan kerja pembersihan selesai dilaksanakan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.
Menurut Malaysia Airports, penumpang dinasihatkan supaya menyemak status dan perkembangan terkini penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan.
Penumpang juga disarankan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak syarikat penerbangan sebelum meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

