Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Lewat Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan semua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan turut dijangka hujan.
“Di Pulau Pinang, kawasan yang diramal hujan adalah Barat Daya dan Timur Laut. Manakala di Perak meliputi daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Selain itu, beberapa daerah di Terengganu juga dijangka hujan termasuk Dungun dan Kemaman. Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Johor, lokasi yang diramal hujan adalah Mersing dan Kota Tinggi. Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Miri (Telang Usan) dan Limbang.
“Manakala di Sabah ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia