Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir
Negeri Diramal Hujan
Kredit; Bernama

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan seluruh negeri Perlis, Melaka. WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

"Manakala di Perak pula seperti Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Sementara di Selangor pula seperti Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

"Bagi Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson. Di Johor termasuk Kulai dan Kota Tinggi.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Selangau), Kapit dan Bintulu (Tatau)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.