Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lawat Masjid, Pelancong Kongsi Pendapat Tentang Seni Bina Islam Di Putrajaya
Sebut pasal Malaysia, ramai orang luar yang pastinya terbayangkan makanan sedap, selain rakyat yang mesra dengan budayanya yang pelbagai.
Tapi, pesona Malaysia tidak berhenti di situ. Bumi bertuah ini menyimpan seribu satu keindahan yang membuatkan para pengunjung tidak pernah jemu untuk kembali.
Mana tidaknya, setiap pelosok negara ini menyimpan keistimewaan tersendiri. Keunikan itu menjadikan Malaysia destinasi pilihan yang meninggalkan memori indah dalam hati setiap pengunjung.
Buktinya, antara lokasi yang sering menjadi tumpuan, khususnya di Putrajaya, ialah Masjid Putra.
Dengan kubah merah jambu yang tersergam indah dan kedudukannya yang menghadap tasik, Masjid Putra membuat sesiapa sahaja yang melihatnya pasti terpesona.
Itulah yang dirasakan oleh seorang pelancong lelaki apabila menjejakkan kaki ke masjid ikonik yang menyinari landskap Putrajaya ini.
Berkongsi pengalaman menerusi TikTok @jack_ofalljourneys, lelaki itu menyifatkan masjid tersebut sebagai salah satu seni bina Islam yang paling mengagumkan pernah dilihatnya.
“Anda mungkin tidak pernah melihat masjid seperti ini…
“Masjid Putra di Putrajaya benar-benar sebuah hasil seni bina Islam yang menakjubkan. Tanpa ragu, ia antara masjid paling mengagumkan yang pernah saya lihat.
“Kubah berwarna merah jambu, lokasinya di tepi tasik, serta suasana unik yang dimilikinya memang sesuatu yang luar biasa,” katanya.
Selain Masjid Putra, pelancong berkenaan juga berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi.
Menurutnya, masjid ini merupakan antara hasil seni bina paling futuristik yang pernah dilihat.
“Terus terang saya bukan pakar seni bina, tetapi masjid yang dibina daripada keluli dan kaca ini memang kelihatan luar biasa. Masjid ini lebih kelihatan seperti set filem sains fiksyen berbanding sebuah rumah ibadah.
“Paling mengejutkan, di dalamnya ada kemudahan VR, eskalator dan kipas industri bersaiz gergasi. Ia sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan ada dalam sebuah masjid, tetapi pengalaman ini memang sangat menarik,” katanya.
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan turut berkongsi pengalaman selepas berbual dengan salah seorang petugas masjid.
“Selepas berbual dengan salah seorang petugas masjid, barulah saya faham konsep reka bentuknya.
“Bahagian sisi masjid yang terbuka menghadap tasik memberi rasa lapang, ringan dan menenangkan, seolah-olah untuk membantu orang yang mengalami rasa cemas.
“Ia juga membawa pendekatan yang lebih progresif dalam seni bina Islam, sesuatu yang bagi saya sangat menarik,” jelasnya.
BACA: First Time Bawa Kereta Masuk Malaysia, Lelaki Indonesia Akui ‘Hairan’
BACA: Lelaki Indonesia Cerita Sebab Malaysia Berbeza Dari Negara Lain
BACA: Dah Travel Merata, Pelancong Ni Paling ‘Hairan’ Dengan Rakyat Malaysia
Sumber: TikTok @jack_ofalljourneys