Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Promosi hangat untuk pelanggan sempena MYKOKO FEST dan Lazada 7.7 Jualan Terhangat
Kuala Lumpur, 5 Julai 2023 – Lazada bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia untuk menyokong MYKOKO FEST 2023 yang akan bermula pada 7 Julai 2023, sempena dengan Hari Coklat Sedunia.
MYKOKO FEST 2023 mula diperkenalkan oleh Lembaga Koko Malaysia untuk memacu dan mendigitalisasikan industri koko tempatan, di samping meningkatkan kesedaran di kalangan para pengguna, serta memudahkan mereka untuk mendapatkan pelbagai jenis coklat, konfeksi dan produk berasaskan koko termasuklah produk penjagaan kulit dan oleh jenama tempatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.
Menerusi inisiatif ini, Lazada akan menyokong pendigitalisasian lebih daripada seratus Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam industri koko sepanjang tahun ini. Apabila kedai dalam talian mereka berjaya dimulakan di platform Lazada, PMKS tempatan tersebut akan berpeluang untuk menggandakan jualan dan menjangkau lebih ramai pelanggan di seluruh negara.

Kebanyakan produk tersebut amat unik dengan citarasa Malaysia yang didatangkan dalam perisa durian dan cempedak, manakala produk bukan F&B dan penjagaan kulit berasaskan koko pula menampilkan haruman aromatik seperti mentega koko, variasi floral dan buah-buahan.
Produk tersebut boleh dijadikan hadiah istimewa untuk sahabat dan keluarga, malah sempena kempen tersebut, para pelanggan boleh menikmati potongan diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM30 bagi produk yang terpilih. Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat serendah RM0.34 daripada Beryl’s dan pelbagai jenama tempatan yang lain. Klik pada pautan berikut untuk mengetahui tawaran menarik yang terdapat di Lazada sempena MYKOKO FEST.
Selain daripada promosi hangat MYKOKO FEST, para pelanggan boleh menikmati tawaran berbaloi sempena Lazada 7.7 Jualan Terhangat mulai 7 hingga 9 Julai 2023.
Rebut promosi hebat 7.7, termasuklah Beauty of Joseon Relief Sun Rice Probiotics SPF50 pada harga diskaun RM45 (potongan 43%, harga runcit RM79), OGAWA Smart Vogue Prime Massage Chair pada RM5,999 (potongan 58%, harga runcit RM14,999), Laifen Swift SE High Speed Hair Dryer pada RM599 (potongan 40%, harga runcit RM999), AKEMI Tencel Touch Serenity Quilt Cover Set hanya pada harga RM323.70 (potongan 73%, harga runcit RM1,199), Swiss Polo Top Handle Sling Bag pada RM93.45 (potongan 36%, harga runcit RM129.90) dan banyak lagi.
Para pelanggan yang cermat berbelanja dan bijak mencari tawaran berbaloi pastinya teruja untuk mengetahui cara mudah untuk jimat besar apabila membeli produk kegemaran di Lazada semasa 7.7 ini. Kumpulkan baucar 7.7 yang tersedia, seperti baucar Penghantaran Pantas & Percuma, baucar diskaun kedai, baucar diskaun LazCoin, baucar bayaran untuk bank terpilih, baucar Lazada Bonus, baucar Pulangan Tunai (Everyday Cashback) sehingga 50% dan baucar diskaun platform Lazada dengan potongan sehingga RM77.
Satu lagi tawaran terhangat ialah 7.7 Blind Box. Para pelanggan boleh mula memilih dan memasukkan set tersebut ke dalam troli mulai jam 10 pagi pada 7 Julai. Dengan hanya RM39, pelanggan berpeluang mendapatkan kotak istimewa yang mengandungi dua atau lebih barangan bernilai keseluruhan RM85, termasuklah RM5 baucar platform Lazada.
Klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai MYKOKO FEST dan 7.7 Jualan Terhangat. Muat turun aplikasi Lazada dan ikuti Lazada Malaysia di TikTok, IG, FB, Twitter dan YouTube untuk mendapatkan info terkini.