Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih Selesa & Mudah, Ini Panduan Terbaru Nak Pergi Ke Singapura Atau KLIA Dari KL

KLIA

Lebih Selesa & Mudah, Ini Panduan Terbaru Nak Pergi Ke Singapura Atau KLIA Dari KL

Bagi mereka yang kerap menggunakan pengangkutan awam, antara perkara yang sering menjadi pertimbangan ialah lokasi yang mudah diakses, selesa dan mempunyai pelbagai pilihan sambungan perjalanan. Sama ada untuk mengejar penerbangan di KLIA, merancang percutian ke Singapura atau sekadar bergerak di sekitar Kuala Lumpur, perjalanan biasanya menjadi lebih mudah apabila semuanya boleh diakses dari satu lokasi.

Kini, pengguna pengangkutan awam mempunyai satu lagi pilihan yang praktikal iaitu LaLaport Transportation Hub (LTH) yang terletak di Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE (LaLaport BBCC). Berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, hub ini menawarkan pelbagai kemudahan perjalanan yang memudahkan pengguna untuk bergerak ke pelbagai destinasi dengan lebih teratur dan selesa.

Terletak Di Tengah Bandar Kuala Lumpur

Salah satu kelebihan utama LaLaport Transportation Hub ialah kedudukannya yang strategik di pusat bandar Kuala Lumpur. Berbanding sesetengah terminal yang memerlukan perjalanan tambahan sebelum tiba ke lokasi, LTH boleh diakses dengan mudah menggunakan pelbagai rangkaian pengangkutan awam.

Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan Hang Tuah LRT dan Monorail yang mempunyai sambungan terus ke kawasan LaLaport BBCC. Selain itu, pengguna MRT juga boleh mengakses lokasi ini melalui laluan pejalan kaki berbumbung yang menghubungkan beberapa rangkaian pengangkutan awam utama di sekitar bandar.

Kemudahan sambungan ini menjadikan LTH sebagai lokasi transit yang sesuai untuk pengguna dari pelbagai kawasan sekitar Lembah Klang yang ingin meneruskan perjalanan tanpa perlu berulang kali menukar pengangkutan.

Ada Perkhidmatan Bas Terus Ke Singapura

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti atau mempunyai urusan kerja di Singapura, LTH turut menyediakan perkhidmatan bas antarabangsa yang berlepas terus dari hub berkenaan.

Kemudahan ini membolehkan penumpang memulakan perjalanan dengan lebih mudah tanpa perlu bergerak ke terminal bas yang terletak jauh dari pusat bandar. Ia juga memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna yang mahu menikmati akses pengangkutan awam yang lebih mudah sebelum memulakan perjalanan rentas negara.

Dengan lokasi yang strategik dan mudah diakses, pengguna boleh terus menuju ke LTH menggunakan LRT, Monorail atau e-hailing sebelum menaiki bas ke Singapura.

Sambungan Terus Ke KLIA & KLIA2

Selain perkhidmatan ke Singapura, LTH turut menyediakan perkhidmatan van khas yang menawarkan perjalanan terus ke KLIA dan KLIA2.

Bagi mereka yang sering berulang-alik ke lapangan terbang, kemudahan ini dapat membantu mengurangkan kerumitan perjalanan, terutama apabila membawa bagasi yang banyak. Pengguna tidak lagi perlu menukar beberapa jenis pengangkutan sebelum tiba di lapangan terbang.

Perkhidmatan ini juga sesuai untuk pelancong, pengembara solo serta mereka yang mempunyai jadual penerbangan awal pagi atau lewat malam dan mahukan pilihan perjalanan yang lebih mudah serta selesa.

Ruang Menunggu Yang Lebih Selesa

Salah satu cabaran ketika menggunakan pengangkutan awam ialah keadaan tempat menunggu yang kurang selesa, terutama ketika cuaca panas atau hujan.

Berbeza dengan sesetengah lokasi transit yang memerlukan penumpang menunggu di kawasan terbuka atau di tepi jalan, LaLaport Transportation Hub menyediakan ruang menunggu yang berada di dalam bangunan, berbumbung sepenuhnya dan berhawa dingin.

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai kemudahan tambahan seperti Wi-Fi percuma, locker bagasi, kaunter tiket, kiosk tiket layan diri, kafeteria serta vending machine. Kemudahan ini membantu menjadikan pengalaman menunggu lebih selesa dan produktif sementara menanti waktu perjalanan.

Banyak Pilihan Makanan Dalam Satu Lokasi

Menunggu perjalanan tidak lagi membosankan kerana LTH terletak di dalam kawasan LaLaport BBCC yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

Pengunjung boleh menikmati hidangan di restoran, kedai kopi, kedai ramen, CU serta medan selera yang menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan dan antarabangsa. Sama ada ingin menikmati makanan berat sebelum perjalanan atau sekadar mendapatkan snek dan minuman, semuanya tersedia dalam satu lokasi.

Ini memberi kemudahan tambahan kepada pengguna yang ingin berehat atau mengisi masa sementara menunggu waktu berlepas.

Grab & E-Hailing Mudah Diakses

Selain pengangkutan awam, LTH turut menyediakan kawasan khas untuk urusan pick-up dan drop-off bagi Grab, teksi serta perkhidmatan e-hailing lain.

Kemudahan ini membantu melancarkan pergerakan penumpang tanpa perlu mencari lokasi pengambilan yang sesuai atau menunggu di tepi jalan. Ia juga memudahkan ahli keluarga dan rakan-rakan menghantar atau mengambil penumpang dengan lebih teratur.

Bagi pengguna yang datang dari kawasan sekitar Kuala Lumpur, kemudahan ini menjadikan perjalanan ke LTH lebih lancar dan selesa.

Pilihan Praktikal Untuk Memulakan Perjalanan

Daripada sambungan ke Singapura dan KLIA, sehinggalah akses terus kepada LRT, Monorail dan e-hailing, LaLaport Transportation Hub menghimpunkan pelbagai kemudahan perjalanan dalam satu lokasi yang strategik.

Dengan ruang menunggu yang selesa, pelbagai pilihan makanan, kemudahan moden serta kedudukan di tengah bandar Kuala Lumpur, LTH menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan teratur untuk pengguna masa kini.

Sama ada anda ingin ke lapangan terbang, merancang percutian ke Singapura atau sekadar mencari lokasi transit yang lebih selesa, LaLaport Transportation Hub boleh menjadi titik permulaan perjalanan yang praktikal dan menyenangkan.