Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
robert redford
Kredit: AFP

Legenda Filem Hollywood, Robert Redford Meninggal Dunia

Sofea

Legenda Filem Hollywood, Robert Redford Meninggal Dunia

Legenda perfileman Hollywood, Robert Redford meninggal dunia pada awal pagi Selasa di rumahnya di Utah, Amerika Syarikat, lapor AFP.

Mendiang yang berusia 89 tahun meninggal dunia dalam tidur dan punca terperinci mengenai kematiannya tidak didedahkan.

“Robert Redford meninggal dunia pada 16 September 2025, di rumahnya di Sundance di pergunungan Utah, tempat yang dia suka, dikelilingi oleh orang yang dia sayangi,” kata ketua eksekutif firma publisiti Rogers & Cowan PMK, Cindi Berger.

Robert dikenali menerusi watak antagonis “Butch Cassidy and the Sundance Kid” pada tahun 1969.

BACA JUGA: Pelakon Suara Anime Legenda, Takaya Hashi Meninggal Dunia

Selepas 20 tahun sebagai pelakon, beliau aktif di belakang tabir dengan menjadi pengarah yang memenangi Oscar dan mengasaskan Festival Filem Sundance untuk pembikin filem bebas yang bercita-cita tinggi.

Dilahirkan sebagai Charles Robert Redford Jr. pada 18 Ogos 1936, di Santa Monica, California, beliau adalah anak kepada seorang akauntan.

Redford mempunyai empat anak dengan isteri pertamanya, Lola Van Wagenen, salah seorang daripadanya meninggal dunia ketika masih bayi.

Beliau juga berkahwin dengan artis Jerman dan teman wanita lama Sibylle Szaggars pada tahun 2009.

Robert turut dikenali sebagai seorang aktivis alam sekitar yang komited dan berjuang untuk memelihara landskap semula jadi serta sumber di Utah.

Sumber: AFP