Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki 49 Tahun Ditemui Meninggal Dunia, Didapati Tak Sedarkan Diri Selepas Aktiviti ‘Hiking’

Gambar: Bomba Perak

IPOH, 5 Ogos – Seorang lelaki berbangsa Cina berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan di kaki bukit di Bukit Kledang, Perak hari ini.

Bomba Perak memaklumkan, mangsa yang ditemui di lokasi kejadian selepas aduan diterima pada pukul 9.30 pagi itu dipercayai tidak sedarkan diri selepas menjalani aktiviti mendaki.

“Anggota membuat pemeriksaan ke atas mangsa namun masih tidak sedarkan diri, (lalu) Ketua Operasi, PBK II TBK Omar Mahmud bertindak menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah pemeriksaan dibuat oleh pihak KKM, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Sehubungan itu, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Gambar: Bomba Perak
Gambar: Bomba Perak
Gambar: Bomba Perak

Sumber: Bomba Perak