Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Lelaki Bantu Pasangkan Lampu Untuk Warga Emas, Sentuh Hati Ramai
Dalam kehidupan seharian, kita kadang kala terlalu sibuk dengan urusan sendiri sehingga terlupa bahawa kebaikan kecil mampu memberi makna yang besar kepada orang lain.
Dari perspektif sesetengah orang pula, pertolongan kecil sudah cukup untuk meringankan beban yang mereka tanggung.
Sifat saling membantu ini hadir secara spontan dan lahir daripada rasa kasihan serta keinginan untuk berbuat baik sesama manusia.
Tanpa mengira status, pangkat atau ganjaran, kebaikan yang dilakukan akan subur menjadi memori yang bermakna buat mereka yang mungkin sudah terlalu lelah untuk melakukannya sendiri.
Seperti momen yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @vinnizwho, yang membantu pasangan warga emas memasang lampu di rumah mereka.
Menurut Tan Vin Nick, dia yang bekerja separuh masa di sebuah kedai runcit di Kelantan didatangi oleh pasangan warga emas itu yang memintanya untuk menghantar lampu kalimantang yang dibeli.
"Sampai-sampai mereka suruh tolong pasangkan sekali, anak-anak semua kerja jauh katanya," ujar Vin.
Vin yang merupakan mahasiswa jurusan undang-undang di Universiti Malaya berkata dia gembira kerana dapat 'memberi' kembali kepada masyarakat, walaupun hanya melalui sekecil-kecil kebaikan.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen tersentuh dan tidak kurang juga yang memuji tindakan Vin.
"Akak sebagai anak yang duduk jauh dengan ibu bapa, berharap sangat orang tua kami berjumpa dengan orang baik-baik yang melayan mereka dengan baik. Terima kasih Vin"
"Suka dengar makcik tu ketawa. Alhamdulilah moga murah rezeki kau dik"
"Saya doakan abang sentiasa sihat dan kaya raya seumur hidup"
"Terima kasih orang baik sudi berbakti dekat org tua walau berbeza darah daging. Teringat mak kat kampung"
"Alhamdulillah rezeki mek ayoh jumpa org baik"