Seorang lelaki yang mengaku membunuh sembilan orang kenalan Twitter telah dijatuhi dihukum mati, dalam kes berprofil tinggi yang mengejutkan Jepun. Dia yang digelar “pembunuh Twitter”, ditangkap pada tahun 2017 setelah sebahagian badan mangsa dijumpai di flatnya.
Dia telah mengaku bersalah atas pembunuhan itu pada bulan Oktober, dengan mengatakan tuduhan terhadapnya “semuanya betul”. Hampir semua mangsa adalah wanita muda. Kes tersebut telah mencetuskan perdebatan mengenai bagaimana bunuh diri boleh dibincangkan melalui atas talian.
Lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan Twitter untuk memikat wanita untuk bunuh diri di rumahnya, dengan mengatakan bahawa dia dapat menolong mereka mati dan dalam beberapa kes mendakwa dia juga akan membunuh dirinya bersama-sama mereka.
Pembunuhan bersiri itu pertama kali terungkap pada Halloween tahun 2017 ketika polis menemui bahagian-bahagian badan yang terpisah di flat Shiraishi di bandar Zama di Tokyo, Jepun.
Menurut BBC, peguamnya sebelum ini berpendapat bahawa tuduhan seharusnya dikurangkan dengan mendakwa bahawa mangsa-mangsa telah memberikan persetujuan untuk dibunuh. Bagaimanapun, Shiraishi kemudian mempertikaikan hal tersebut dan mengatakan bahawa dia membunuh tanpa persetujuan mereka.
Pada hari Selasa, hakim yang menyampaikan keputusan mengatakan bahawa “tidak ada mangsa yang setuju untuk dibunuh”. “Suspek didapati bertanggungjawab sepenuhnya,” kata Naokuni Yano, lapor akhbar The Straits Times.
Sumber-BBC
