Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Dipercayai Mengalami Kemurungan Maut Terjatuh Tingkat 10 Pangsapuri

Tular satu rakaman video oleh orang awam di mana seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda, Butterworth pada petang hari ini.

Memetik daripada laporan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 6.50 petang. Mangsa yang berusia 26 tahun itu disahkan maut ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Tambahnya lagi, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang tinggal di Taman Bayu di Butterworth telah terjatuh dari pangsapuri tersebut. Mangsa dikatakan pergi ke lokasi tersebut dengan menunggang sebuah motosikal dan terus menaiki lif ke tingkat 10.

Dari hasil siasatan daripada isterinya, lelaki tersebut dikatakan mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan sedang menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Katanya, bapa kepada dua orang cahaya mata ini mula mengalami kemurungan selepas perniagaan yang dicemburinya gagal dan mengalami kerugian.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk urusan bedah siasat serta kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

Sumber: Kosmo