Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Ditemui Maut, Dipercayai Dibunuh
Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di Petaling Jaya, lapor Sinar Harian.
Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah unit pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 1 pagi, pada Ahad.
“Laporan dibuat individu dipercayai jiran mangsa yang sebelum itu mendengar pergaduhan di kediaman dihuni mangsa.
“Kira-kira jam 11 malam, individu terbabit mendakwa tidak melihat mangsa keluar dari rumah tersebut,” katanya.
Menurut beliau, siasatan awal di lokasi kejadian telah menemukan seorang mangsa yang meninggal dunia.
“Siasatan mendapati mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 36 tahun itu disyaki meninggal dunia akibat kecederaan tikaman.
“Mangsa dipercayai dibunuh oleh seseorang yang masih belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Tambah beliau, kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
BACA: Bas Bawa 33 Penumpang Dilapor Kemalangan
BACA: Tujuh Individu Sesat Ketika Mendaki Bukit Maras
BACA: Terseret Bawah Treler, Peserta RXZ Members 6.0 Dilapor Maut
Sumber: Sinar Harian