Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lelaki Hidup Dengan Pemetik Api Dalam Perut Selama 30 Tahun
Seorang lelaki berusia 67 tahun, dikenali sebagai Deng dari Chengdu, wilayah Sichuan, China, mula mengalami kembung perut dan sakit perut sejak sebulan lalu, lapor portal Oddity Central.
Pada mulanya, beliau beranggapan ianya cuma sekadar gejala gastroenteritis dan hanya mendapatkan rawatan di hospital.
Namun begitu, keadaannya bertambah teruk sehingga beliau tidak dapat berbaring tanpa merasa kesakitan yang amat, di mana ubat dan perubahan diet langsung tidak membantu.
Selepas menjalani gastrokopi kecemasan, doktor menemui satu objek pelik berbentuk kuboid, licin, berwarna hitam dan sudah terhakis oleh asid di bahagian dalam perutnya.
Bagaimanapun, usaha untuk mengeluarkannya gagal kerana permukaan objek itu terlalu licin dan sukar dicengkam.
Pasukan perubatan terpaksa menangguhkan pembuangan objek tersebut untuk menyiasat sifat dan asal usulnya terlebih dahulu.
Pemetik api ditemui dalam perut
Difahamkan, apabila ditanya sama ada beliau mengetahui apa objek kecil berbentuk segi empat tepat itu, Deng teringat satu kejadian pada awal 1990-an.
Ketika itu, semasa minum arak bersama rakan-rakan, beliau menelan pemetik api sebagai plastik sebagai cabaran. Dia tidak pernah memberitahu keluarganya tentang hal itu dan menyangka pemetik api tersebut sudah lama keluar daripada sistem tubuhnya.
Menurut portal Oddity Central, beliau mengakui pernah mengalami sakit perut tanpa sebab jelas, namun tidak pernah terfikir ia berpunca daripada pemetik api yang ditelannya bertahun-tahun dahulu.
Selepas mengesahkan objek tersebut ialah pemetik api, pasukan perubatan menilai kaedah terbaik untuk mengeluarkannya. Pembedahan dianggap terlalu invasif, manakala endoskopi biasa juga berisiko gagal kerana permukaan pemetik api yang sangat licin.
Akhirnya, mereka memilih teknik membungkus objek itu sepenuhnya sebelum menariknya keluar.
Walaupun bahagian luar pemetik api telah terhakis dan menjadi hitam akibat asid perut, ia masih mengandungi gas di dalamnya, dan doktor terkejut apabila mendapati ia masih berfungsi.
Difahamkan, kebanyakan pemetik api diperbuat daripada polipropilena atau plastik ABS, yang sangat tahan asid dan mampu bertahan dalam perut untuk tempoh yang sangat lama.
BACA: Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal
Sumber: Oddity Central