Ramai yang sedia maklum pengambilan sampel ujian swab adalah menyakitkan, pun begitu jarang kita lihat perkongsian sebenar daripada individu yang pernah melalui proses berkenaan.
Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi bagaimana sakitnya apabila menjalani ujian berkenaan.
Kata Naufal Antezem, beliau telah menjadi kontak rapat dengan saudaranya yang positif COVID-19 memaksanya menjalani ujian swab dan kuarantin selama 14 hari.
Berikut adalah perkongsian pengalamannya sepanjang kira-kira 14 hari proses tersebut.