Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Maut Selepas Tersekat Di Kerangka Pintu Tandas Stesen Minyak Di Tronoh

Tersekat di kerangka pintu tandas
Kredit: Facebook Bomba Perak

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas tersekat pada kerangka pintu tandas di sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, semalam.

Lelaki maut selepas tersekat di kerangka pintu tandas stesen minyak

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.20 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba di lokasi pada 2.34 petang.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati pihak Polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di tempat kejadian.

“Seorang lelaki Melayu berusia 39 tahun ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” menurut kenyataan itu.

Mangsa didapati tersekat pada bahagian kerangka pintu tandas sebelum ketua operasi mengarahkan anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkannya dengan melaraskan kedudukan mangsa secara berhati-hati.

Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan dibawa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal pada 2.40 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada 3 petang.

Operasi itu diketuai PBK II TBK Mohd Kasirin Ibrahim dengan kekuatan enam anggota BBP Batu Gajah serta membabitkan empat anggota Polis dan tiga anggota KKM.

Satu jentera FRT digunakan dalam operasi berkenaan yang melibatkan jarak perjalanan kira-kira 13 kilometer.

Intipati
  • JBPM Perak menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang sebelum tiba 14 minit kemudian.
  • Mangsa berusia 39 tahun ditemukan terbaring, tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia.
  • Bomba mengeluarkan mangsa dengan berhati-hati sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan