Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Di Dalam Lurang Pulau Indah
SHAH ALAM, 28 April (Bernama) — Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah dekat sini, petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.
Beliau berkata bagaimanapun, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih ada arus elektrik di dalam lurang itu.
BACA: Ada 800 Kedai Pakaian, Ni Tempat Terbaik Korang Beli Baju Raya, Senang ‘Match’ Satu Keluarga
“Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mayat mangsa berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: BERNAMA