Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Orang Itali Buat Ramai Tertarik

Athirah
Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu
Kredit: @shahidannordin via TikTok
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Lelaki Minta Tunjuk Arah Guna Bahasa Melayu, Jawapan Orang Itali Buat Ramai Tertarik

Melancong atau melawat ke luar negara merupakan satu aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, malah membuka ruang kepada pengalaman baharu yang sukar diperoleh di tanah air sendiri.

Adakala kita menghadapi sedikit kesukaran untuk berkomunikasi ketika melawat ke negara lain, terutamanya apabila kita tidak menguasai bahasa ibunda penduduk tempatan, pengalaman itu tetap penuh dengan keunikan dan pembelajaran

Walaupun sekadar mempelajari frasa ringkas seperti ucapan salam, terima kasih atau cara meminta arah, ia sudah cukup untuk mencipta pengalaman perjalanan yang lebih mesra dan bermakna.

Lelaki selamba cakap Bahasa Melayu dengan orang Itali minta tunjuk arah

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial apabila seorang lelaki dilihat bercakap dengan seorang lelaki Itali menggunakan Bahasa Melayu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @shahidannordin di TikTok, pada awalnya dia kelihatan sedang berjalan menuju Stesen Garibaldi di Itali.

Namun, dia membuat keputusan untuk bertanya kepada seorang lelaki yang sedang berada di eskalator berdekatan ketika hampir sampai di tangga untuk turun ke stesen tersebut.

Tanya bagaimana mahu pergi Via Toledo dengan menaiki metro

Lebih menarik lagi apabila lelaki ini bertanya menggunakan Bahasa Melayu bagaimanakah caranya jika dia ingin ke Via Toledo.

“Mat (awak) nak pergi Via Toledo lah?” tanya @shahidannordin lelaki tersebut.

Lelaki itu kemudian membalas dengan bertanya adakah dia ingin ke sana menggunakan metro bawah tanah menggunakan Bahasa Itali.

@shahidannordin kemudian memaklumkan bahawa memang benar dia ingin menggunakan kenderaan awam itu untuk menuju ke Via Toledo.

Sebaik mendengar jawapan itu, lelaki berkenaan kemudian menerangkan kepada @shahidannordin cara untuk ke Via Toledo.

Setelah memahami arahan tersebut, pemilik video bertanya pula sama ada dia perlu menggunakan laluan satu.

Lelaki itu memberitahu tidak perlu menggunakan laluan satu, kerana @shahidannordin tetap akan ke arah yang sama.

Perbualan mereka berlangsung dalam bahasa ibunda masing-masing, namun usaha memahami antara satu sama lain menjadikan komunikasi itu tetap jelas dan berkesan.

Selepas memahami apa yang diterangkan, mereka kemudian saling mengucapkan selamat tinggal dan kelihatan lelaki itu tersenyum melihat @shahidannordin.

“Maka benarlah suatu masa dahulu Bahasa Melayu digelar Lingua Franca. Cakap dengan orang mana pun dia orang boleh faham. Maka berbanggalah dengan bahasa kita

“Nasib baiklah kena (betul) apa aku cakap dengan apa dia balas,” katanya di ruang kapsyen.

BACA: “Saya Redha…” Wanita Kongsi Keadaan Rumah Dinaiki Banjir Sehari Selepas Dapat Kunci
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia

Sumber: @shahidannordin via TikTok