Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Butterworth : Kerana terlalu ghairah melihat wanita yang sedang bertugas di sebuah kedai menjual pakaian di Teluk Air Tawar, di sini, seorang lelaki menghimpitnya secara tiba-tiba hingga dia terjatuh.
Lelaki itu kemudian mengucup mulut wanita itu sebelum membuka zip seluar dan memeluknya, namun wanita berkenaan berjaya melepaskan diri.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor menceritakkan kejadian itu hari ini ketika menahan seorang lelaki warga Pakistan semalam selepas menerima laporan daripada wanita itu yang dia telah dicabul.
Katanya, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di rumah sewanya di Kulim, Kedah kira-kira pukul 2.00 petang selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada mangsa yang berumur 30 tahun.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam (sehari sebelumnya), wanita yang sedang bekerja di kedai menjual pakaian berkenaan mendakwa telah ditolak secara tiba-tiba oleh suspek sehingga terjatuh,” kata beliau.
Selepas ditahan polis, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dan turut menawarkan RM20 untuk melakukan hubungan seks dengan wanita itu.
“Lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana mengaibkan kehormatan,” katanya.
Sumber : Bernama