Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Pimpin Tangan Sahabat OKU Penglihatan Tamatkan Larian 21KM

Iqbal Yasir
lelaki OKU Penglihatan larian
Gambar: TikTok @adryfazmi, TikTok @aidashafit

Lelaki Pimpin Tangan Sahabat OKU Penglihatan Tamatkan Larian 21KM

Acara larian tidak dinafikan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat Malaysia.

Disamping cuba mengamalkan amalan gaya hidup sihat, para pelari juga dapat mencabar diri dalam acara larian mengikut kategori atau jarak larian.

Larian 21KM (Half Marathon) dan 42KM (Full Marathon) antara kategori larian yang paling mencabar fizikal dan mental para pelari.

Namun, dalam video tular baru-baru ini memaparkan dua sahabat berlari dalam acara larian Score Marathon 2025 di Putrajaya bagi kategori 21KM.

OKU Penglihatan Tak Halang Adry Tamatkan Larian

Apa yang menyentuh hati adalah salah seorang pelari itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

Sepanjang larian, lelaki yang dikenali sebagai Adry Fazmi dilihat berlari sambil ‘dipimpin’ tangan oleh seorang sahabat dipercayai rakan karibnya sebagai “guide runner” sepanjang larian.

Meskipun tidak mampu melihat, namun semangatnya dalam menamatkan larian 21KM membuatkan ramai kagum.

Sementara itu, dalam perkongsian TikTok miliknya, @adryfazmi, dia dilihat bersemangat dalam menyertai acara sukan berkenaan.

Sebelum permulaan larian, Adry dilihat sudah melakukan beberapa gerakan regangan otot. Malah rata-rata orang ramai turut memberikan tepukan sewaktu Adry menuju ke garisan penamat.

“Dengan sokongan keluarga, pasangan dan sahabat=sahabat, tiada apa yang mustahil.

“Sebagai seorang yang kurang penglihatan, berlari sejauh 21KM terasa seperti satu impian yang sukar dicapai. Namun dengan sokongan mereka, saya temui kekuatan untuk terus melangkah.

“Jika anda kenal seseorang yang sedang bergelut, hulurkan tangan. Sokongan atau kehadiran anda mungkin menjadi momen penting dalam hidup mereka,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu dan kagum terhadap semangat yang dimilikinya.

Berikut antara komen netizen;

“Tahniah Adry! Saya sangat bangga dengan awak Adry!! Walaupun diri pun tak berani nak masuk and tamatkan 21KM. Keep up the good work lil brother 🫶🏻 Adry kuattt!,” komen seorang pengguna.

“Siapa potong bawang ni,” komen seorang lagi.

“Aku bukak tiktok ni bukan untuk nangis la,” seloroh seorang lagi.

Sumber: TikTok @adryfazmi, TikTok @aidashafit

BACA: Polis Tahan Pengasas Syarikat Anjur Program Motivasi Rumah Tangga Didakwa Tidak Bermoral

BACA: Dua Penuntut Institut Pengajian Tinggi Maut Di Jalan Gambang